Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Saturday, March 13, 2010

Hukum Merokok oleh Dr Zakir Naik

Ok. Ni isu hangat nih. Ramai yang masih tercari-cari jawapannya. Ada yang dh jumpa, tapi tak percaya dan pelbagai-bagai. Yelah, mana taknya, korang tanya ustaz A, dia kata rokok tu tak haram. Tapi korang tak caya sebab ustaz A tu sendiri pun merokok, jadi logik la dia kata rokok tak haram. Tapi bila ko tanya ustaz B yang tak rokok, ustaz B tu akan jawab rokok tu haram. Tapi ko tak caya gak sebab ustaz tu memang tak merokok. Kedua-duanya pun korang kata bias. Betul lah tu. Jadi, mari kita sama-sama mencari jawapan apa sebenarnya hukum merokok.

Mengikut fatwa islam dunia pada tahun 1990an, pada mulanya merokok itu MAKRUH. Aah, betul la yang kau dengar tu, merokok tu makruh. TETAPI, menjelang tahun 2000, ulama dunia sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat alQuran dari surah al-Baqarah iaitu lebih kurang "..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri.." Untuk keterangan lanjut, lihat video di bawah. Dr. Zakir Naik menjawab persoalan tentang rokok.



Moga kalian semua memperoleh rahmat dan bolehlah bermula untuk berhenti rokok. Rokok kan banyak mudaratnya, kenapa masih degil? Korang boleh terima tak realiti hukum merokok ni?

Sunday, September 6, 2009

Gambar Rumah Saidatina Fatimah A.S.

Hari ini sungguh panas. Puasa memang banyak mengajar manusia tentang erti kesabaran. Belum lagi kena kesesakan trafik yang sangat luar biasa masa bulan puasa. Kadang-kadang aku pun hairan, kenapa waktu bulan puasa, kesesakan lalu lintas amatlah luar biasa. Ada orang kata, benda ni terjadi sebab semua orang keluar serentak. Bos-bos syarikat swasta jadi baik bulan puasa, kasi staf syarikat keluar awal untuk berbuka bersama keluarga. Bulan-bulan lain jangankan hanya boleh balik pukul 8 malam, malahan hari minggu pun kena kerja. kasihan kasihan.

Anyway, hari ni aku dapat email pasal rumah Saidatina Fatimah A.S. Aku pun tak pasti betul ke tak. Yelah, aku tak pernah pergi ke Middle East lagi, so susah la nak tahu sama ada betul ke tak. Tapi tak kisah la betul ke tak, yang pasti kita kenal siapa Saidatina Fatimah ni. Hehe beliau merupakan salah seorang tokoh utama bagi Mazhab Syiah juga, in case kalau korang masih tak tau la.

Beliau merupakan anak kepada Nabi Muhammad SAW dan isteri kepada Saidina Ali RA. Dari bacaan aku kecik-kecik dulu, dia merupakan satu-satunya wanita dizamannya yang boleh puasa penuh bulan Ramadhan. Eh? Perempuan mengandung pun boleh juga. Ye tak ye lah. Tapi, dia juga boleh bersolat penuh selama bertahun-tahun. In short, kira dia tak pernah uzur lah atau "cuti" dalam bahasa masyarakat Malaysia. Tapi info ni kena double check la dengan pakar-pakar sirah sebab aku tahu benda ni pun time kecil-kecil dulu.

Oklah. Lama pulak aku duduk depan komputer ni. Dah nak berbuka pun. Ok selamat berbuka puasa. Jangan lupa selalu banyakkan doa. Jauhkan dari neraka, dan dekatkan kepada syurga. Almaklumlah, di bulan Ramadhan, syurga-syurga telah dihias istimewa dan indah oleh bidadari dan juga bidadara. Siap mereka dok kenyit-kenyit mata kepada kita supaya beramal lebih. Tapi mengapa kita masih buat derrkkkkkk je ye. Selamat berbuka!















Wednesday, August 26, 2009

Suara Dajjal Mahu Keluar

Siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi. menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi. oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalu sayang pada islam.

Seorang kawan aku telah bertanyakan pendapat tentang mesej yang dia terima kat Yahoo Messenger. Thanks kat dia, dapat aku update blog ni haha. Pranggggg! Bunyi kuat menerjah gegendang telingaku. Apakah bunyi ini? Adakah Dajjal yang mahu keluar dari perut bumi? Oh tidak, rupa-rupanya kawanku Mamat telah terjatuhkan batang besi di atas lantai. Cuak sebentar dibuatnya. Cheh mamat ni, buat takutkan orang je, aku ingat ada gempa bumi tadi. Hehe kalau ada gempa bumi selama 3 minit kat Malaysia ni, dah lama dah keluar berita dan surat khabar. Gegaran kecilan memang ada dekat Bukit Tinggi kat Karak tapi takda la sampai 3 minit, paling lama pun 30 saat. Gempa bumi kat luar negara pun tak lama sampai 3 minit.

Yang paling aku tak paham pasal mesej tu ialah "KITA YANG MENENTUKAN DIRI" ditulis dengan perkataan bold. Maknanya, ayat itulah yang paling penting dalam mesej tersebut dan yang bestnya, ayat tu tidak memberi maksud apa-apa, so kalau sesiapa terima mesej seperti tu lagi, just delete je sebab takda apa-apa kebaikan pun boleh diambil.

Penutupnya pula ialah "Sebarkan kalu sayang pada Islam". Inilah masalah orang Islam sekarang ni, disesatkan dengan dakyah "kalau kau tak sebar berita ini, kau tak sayang Islam". Ish ish. Banyak je cara nak tunjukkan sayang kita kat Islam. Berbalik dulu ke asas iaitu rukun Islam. Cukup ke solat kita, cukup ke puasa kita dan lain. Sudahkah kita menunaikan semua tu? Kalau sudah alhamdulillah. Seterusnya buatlah sunnah-sunnah Nabi. Banyak la pulak kalau aku nak listkan satu-satu cara nak buatkan kita sayang Islam atau bukti kita sayang Islam. Yang pasti (takleh guna perkataan pasti sebab perkataan pasti milik Allah je), jadinya, yang jelasnya, menyebarkan berita-berita dari email mahupun mesej YM ni bagi saya ialah antara perkara terakhir yang dibuat untuk tunjukkan sayang pada Islam. Lebih-lebih lagi kalau berita itu takda sumber dari mana ia datang.

Haha. Sori aku tergelak sat sebab teringatkan ayat ini. "hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi." Memang la ada bunyi-bunyi macam tu, walhal kalau tengok kat National Geographic pasal lava gunung berapi, masa dia mengalir menuruni gunung pun akan keluarkan bunyi, ini kan pula time dia kat bawah tu mengelegak. Mungkin sahaja akan ada bunyi letup-letup. Tu la ko minah/mamat yang sebarkan berita ini, harap langgan ASTRO je tapi dok ralit tengok akademi fantasia dan rancangan-rancangan hiburan. Pastu bila dapat email pelik, terus je nak forward pastu cakap kalau tak forward, tak sayang Islam pulak. Ish ish.

P/S: Kalau nak tahu, pengaruh Dajjal dah ada pun di sekitar kita ini tapi yang jelas bukan seperti ngauman raksasa ke apa sebab Dajjal ni manusia gak macam kita. Kalau ada masa, pi carik dokumentari bertajuk "The Arrivals" yang dibuat oleh seorang muslim di United States pasal kedatangan Dajjal.

Tuesday, July 14, 2009

Kebaikan Orang yang Menuntut Ilmu

Ada ke keburukan orang-orang yang menuntut ilmu ni? Mesti la ada. Tak caya? Tu orang yang ralit belajar ilmu sihir tu. Keburukan lah tu kan. Hehe. Saje je nak provoke. Dalam hadis di bawah ni dah jelas yang Allah sangat menyayangi orang yang memberi ilmu dan orang yang mempelajari ilmu. Walhal orang yang tertidur atau pun tidur dalam majlis ilmu pun akan dapat keberkatannya. Sebaik-sebaik panduan ilmu ialah dari al-Quran. Al-Quran dah lengkap untuk semua jenis ilmu.

"Hello brother, tipunya ko ni. Dalam Quran mana ada ajar camna nak buat air sirap". Lorrr. Rilek2. Dah ada dah. Kan dalam ada dalam Quran lebih kurang begini bunyinya, "..belajarlah kamu dari yang tahu". So nak tau buat air sirap, gi la tanya orang yang tahu. Nak tau buat roket, gi la belajar dari NASA. Hebat-hebat orang yang berilmu ni, kalau Allah tak bagi ilham, tak hebat gak depa ni. So semuanya dari Allah. Allah akan bagi kepada yang berusaha. Itu yang penting.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai." (Abu Umamah r.a)


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, July 11, 2009

Hadis Tentang Kedatangan Imam Mahdi

Adakah anda pernah tertanya bahawa adakah kita ni umat yang bakal merasai zaman Imam Mahdi mahupun Dajjal? Tidakkah anda terfikir? Kalau dulu 1400 tahun lepas, Nabi SAW pernah ditanya oleh seorang perempuan tua bahasa berapakah lama usia bumi ini. Dijawabnya Nabi SAW, lebih kurang jarak antara jari dan berfikirlah sejenah bahawa jawapan itu ialah dijawab lebih kurang 1400 tahun yang lepas. So sekarang berapakah usia bumi ini. Gunung berapi banyak meletup. Malaysia yang dahulunya jauh dari Lingkaran Api Pacifik kini sudah merasa kesannya. Bukti? Bukit Tinggi di Pahang yang dahulunya sepi, kini kerap mengalami gegaran. Pada mulanya, Jabatan Meteorologi cuba menenangkan awam dengan mengatakan ianya adalah biasa bagi tempat tinggi tapi kini mereka pun terdiam kerana dikatakan tahun lepas sahaja sudah hampir lebih 100 kali gegaran direkodkan.

Banyak lagi berita-berita di media massa yang menjawab persoalan-persoalan kita tentang usia bumi ini. Bumi kerap "menggeletar" (gempa bumi), bumi kerap "muntah" (gunung berapi), bumi kerap mengeluarkan "kencing yang tak lawas" (tsunami), bumi kerap "bersin" (tornado) dan macam-macam lagi.

Dikatakan juga pada hari kiamat nanti, semua orang pun dah tak ingat sesiapa, cuma ingat nak selamatkan diri sendiri sahaja, ibu terlupakan anak, suami terlupakan isteri dan macam-macam lagi. Aku berdoa agar aku bukanlah generasi yang akan menghadapi saat akhir nyawa bumi ini, termasuk juga zaman dajjal nanti. Eh ye ke? Desas desus mengatakan yang kita sekarang ni dah masuk zaman Dajjal pun. Wallahualam. Anyway, bawah ni ialah hadis sohih tentang Imam Mahdi.

serban kecil
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." (Abu Sa'id Al-Khudri r.a)


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, June 27, 2009

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi SAW

Oh bulan Jun nak abis dah tapi aku tak sempat nak tulis apa-apa untuk bulan ni. So aku pun seperti biasa memeriksa email and terjumpa lah daily hadis yang dihantar dari unit hadhari MIROS and I feel to share it here. Actually, aku nak share ni untuk diri sendiri. Marilah sama-sama mengamalkan akhlak yang mulia. Susah juga, sebab kadang-kadang kita akan selalu berbuat "ter". Tapi takpe, insyaAllah usaha tu yang penting. Better than not. :)

Orkid PutihRasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.” (Riwayat at-Tarmizi)


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, May 15, 2009

Gambar Peninggalan Kaum Tsamud: Madain Salleh

Madain Salleh 1Inilah sebahagian tapak-tapak binaan (132 chambers & tombs) tinggalan kaum Tsamud di Madain Salleh (lebih kurang 400km utara Madinah, Arab Saudi). Pada zaman itu, Allah swt utuskan Nabi Salleh a.s untuk dakwah kaum Tsamud kepada Tauhid tetapi mereka engkar dan mendapat balasan seksa (bala) dari Allah swt. (Era 200 BC – AD 200)


Madain Salleh 2
Madain Salleh 373. Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah ating bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih.”
74. Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.
75. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahwa Saleh di utus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya".
76. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu".
77. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: "Hai Saleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah)".
78. Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayit-mayit yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.
79. Maka Saleh meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat".


Bak kata alim ulama dulu, Rasulullah SAW bersama para sahabat R.A pernah melalui kawasan ini sewaktu menuju ke peperangan Tabuk. Baginda saw arahkan para sahabat (RA) agar segera bergerak meninggalkan Madain Salleh serta beristigfar. Itu a cerita zaman nabi di mana Nabi suruh para sahabat beredar dari tempat itu. Tapi zaman sekarang ni pula, terbalik la pulak. Semenjak Madain Salleh diiktiraf oleh UNESCO pada Julai 2008, ada pakej Umrah & Haji menawarkan lawatan ke sini tanpa menghiraukan larangan Nabi saw. Ish2..

Madain Salleh 4Berikut ialah catatan seorang pengembara zaman (pelancong lah tu hehe) sekarang yang pernah ke situ, dipetik dari sebuah blog (rujukan dibawah sekali).

Gunung-gunung batu tersebut dibentuk kaum Tsamud menjadi istana, rumah, dan kuburan para petinggi kaum. Pahatan ukiran dan ornamennya sangat halus dan indah, menakjubkan. Wilayah kekuasaan kaum Tsamud membentang hingga ke wilayah Petra (Yordania). Bedanya, Petra sudah dijadikan komoditi parawisata inti Yordania selain Laut Mati. Sedangkan Mada’en Shaleh masih menjadi perdebatan antara kepentingan dinas pariwisata Saudi yang mulai mengangkat Mada’en Shaleh sebagai komoditi pariwisata, dengan para ulama yang berpendapat bahwa tempat tersebut adalah situs peninggalan “kaum terlaknat,” sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.

Dikisahkan dalam Al-Qur’an, pada zamannya, kaum Tsamud memiliki keahlian arsitektur luar biasa. Nabi Shaleh, nabi kelima dari 25 nabi dan rasul yang tertulis, diutus Allah SWT, mengajak mereka untuk bertauhid. Namun, kaum Tsamud tidak menerima Nabi Shaleh begitu saja. Mereka minta ditunjukkan satu mukjizat sebagai bukti bahwa Shaleh adalah utusan Allah. Tak Cuma itu. Di luar batas kewajaran manusia, mereka minta seekor unta betina keluar dari celah bebatuan. Nabi Shaleh pun berdoa meminta kepada Yang Maha Kuasa. Doanya dikabulkan, dan keluarlah seekor unta betina dari celah bebatuan. Ia lalu berpesan kepada umatnya, jangan sampai menyakiti unta tersebut, apalagi membunuhnya. Azab Allah akan menyapu bersih, kalau sampai unta tersebut dibunuh. Kaum Tsamud akhirnya sepakat menjadi umat Nabi Shaleh.


Madain Salleh 9
Seiring perjalanan waktu, salah seorang umatnya kemudian mengingkari dan nekad membunuh unta tersebut. Menurut riwayat, konon sang pembunuh adalah utusan bersama para petinggi kaum yang diiming-imingi hadiah seorang wanita cantik. Nabi Shaleh marah luar biasa. Ia tahu, azab Allah tidak lama lagi akan datang dan membumi hanguskan kaumnya. Karena, “mukjizat unta” hanyalah simbol kepatuhan kaum Tsamud kepada Allah.

Setelah kejadian tersebut, kaum Tsamud masih menantang Nabi Shaleh, karena ternyata azab tidak kunjung datang melanda mereka. Maka, tidak lama berselang, murka Allah pun datang. Angin puting beliung dengan suhu udara yang sangat dingin menyelimuti hari-hari kaum Tsamud, diiringi gempa dahsyat. Akhirnya, kaum Tsamud tenggelam ditelan bumi. Yang tertinggal hanya beberapa rumah dan istana gunung batu sebagai hasil karya besar mereka.


Madain Salleh
Berjalan 2 km ke arah timur, terdapat peninggalan stasiun kereta api kuno tatkala kawasan Arab Hijaz berada di bawah kekuasaan Dinasti Ustmaniah Ottoman). Bangunanannya nampak masih terawat apik dan megah. Lokomotif tanpa mesin dan dua buah rangka gerbong, teronggok rapi di jalur rel dalam stasiun. Tidak salah pemerintahan Ustmaniah membangun stasiun di lokasi tersebut. Selain sebagai tempat transit, penumpang kereta dimanjakan dengan pemandangan hamparan Mada’en Shaleh yang terlihat jelas dari stasiun.


Kini, situs ribuan tahun itu masih bisa dinikmati peziarah yang datang untuk se­kadar berwisata atau para arkeolog de­ngan tujuan penelitian. Departemen Pariwisata Saudi gencar memromosikan Mada’en Shaleh sebagai objek wisata se­jarah selain Dir’iyah, situs kota tua Raja Abdul Aziz, pendiri kerajaan Saudi Arabia.

Sumber Rujukan

Tuesday, May 12, 2009

Hadis Anak Adalah Ujian Allah

cute baby
Oh aku taktau nak update apa dalam blog ni. Nak menulis pasal agama ni susah, sebab kalau salah, leh berdosa, so takleh nak rush-rush sangat dalam penulisan. So untuk mengambil jalan mudah (hehe), so aku pun copy paste je lah dari mailing list tempat kerja aku ni. Tiap-tiap pagi akan ada tazkirah ringkas kat email. Pendek tapi berkesan. Kalau panjang-panjang orang tak larat nak baca. Yang ni pasal Anak adalah ujian Allah. So sesiapa yang dah ada anak tu atau bakal menimang cahaya mata tu, boleh la mengambil pedoman dari hadis ini.

chubby babyDari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, April 28, 2009

Apa itu Swine Flu atau Selesema Babi?

selesema swine baby
Baru-baru ini dunia telah digemparkan dengan kematian hampir 200 orang penduduk di sekitar Mexico dan USA disebabkan oleh selesema babi. Aku malas nak ulas tapi cuma nak berkongsi je serba sedikit info tentang penyakit ni. Al maklumlah, babi ni sejenis haiwan yang bukan sahaja diharamkan makan oleh Allah dalam al Quran, tetapi juga haiwan yang keseluruhannya jatuh kepada ketegori najis mughallazah. Bila Allah kata haram tu adalah sebabnya kan. Maklumat di bawah ini dipetik dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Apakah itu selesema babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah Jenis Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
Ambil langkah-langkah berikut:

Jika anda batuk atau bersin:

a)Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
b)Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
c)Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
d)Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.
e)Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
f)Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.
g)Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
h)Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

Friday, March 6, 2009

Penggunaan Perkataan Allah dalam Bahan Penerbitan Kristian

Masjid Putrajaya
Entah ramai perasan atau tidak isu semasa sekarang ni. Aku pun pada mulanya juga macam katak di bawah tempurung gak tapi disebabkan kerja aku banyak berjalan dan berpeluang untuk bercakap dengan ramai orang, maka aku pun updated lah. Kisahnya ketika aku di Kuching, Sarawak. Ada kes eksiden dekat sana, so aku pun pergilah bersama-sama colleague aku ni yang asal dari Sarawak. Sampai di sana, abang dia ni yang pickup kami di airport. Dalam kereta tu, depa berdua berdiskusi lah dalam bahasa Sarawak yang aku tak paham bende pun (paham sket2). Tapi aku suka juga dengar perbualan depa berdua ni. Banyak berkisar tentang keagamaan, walau abang kawan aku ni tampak otai dan ganas.

Kisah yang dibincangkan ialah tentang perdebatan agama di TV1 malam tu. Orang Kristian nak guna nama Allah dalam bahan penerbitan mereka dan panel-panel forum yang terdiri daripada ulama Islam dan Kristian pun berbincang lah sama ada nak bagi ke tak. Mubaligh tu cakap dia percaya kepada Allah dan Kristian ialah agama langit juga macam Islam. Dan macam2 lagi reasoning dia dan ahli-ahli panel pun kuat mempertahankan dan berdebat. Maklumlah, Kristian ni kan licik and ada sahaja agenda yang tersorok. Akhir sekali, seorang ahli panel yang tak banyak bercakap akhirnya bersuara. "Macam ni lah, kami akan terima Kristian untuk guna nama Allah dalam bahan penerbitannya jika kamu sudi untuk menerima satu surah dari al Quran iaitu Surah al-Ikhlas".

1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya


Maka Kristian itu pun speechless. Maklum la, depa percaya Nabi Isa itu anak Allah dan juga percaya kepada trinity (3 Tuhan). Bagaimana dia nak terima syarat ini. Seperti yang semua sedia maklum, maka tidak berjayalah Kristian menggunaan nama Allah dalam penerbitan mereka seperti dalam BERITA.

Untuk memahami lagi isu ini, berikut adalah recommended reading daripada Ustaz Asri dan Ustaz Emran.

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
Apabila si Jahil Berbicara, Isu Penggunaan Nama Allah antara Akidah dan Taklid Buta
Related Posts with Thumbnails