Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Monday, September 22, 2008

Surah Al-Baqarah (1-5)

Bunga Orkid
1. Alif Laam Miim.
2. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.
3. (Iaitu mereka) yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada kepada Kitab (al Quran) yang telah diturunkan kepadamu, dan juga Kitab-Kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) Akhirat.
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang memperolehi kemenangan (permohonan diterima sesudah mengusahakannya).


a. Ni surah al baqarah yang bermakna lembu betina. dimulakan dengan perkataan yang claimed by ulamak2 hanya Allah sahaja yang tahu. tapi kalo dalam bahasa jawi, sambung perkataan2 ni jd alam. so ade kena mengena ngan alam tak? maybe yes maybe no. Takpe, yang penting 5 ayat pertama ni merujuk kepada sifat2 org yang bertaqwa. Dan dalam ayat tu kata orang yang bertaqwa je yang dapat petunjuk dr al Quran ni. So sapa ye orang bertaqwa tu?

b. Orang pertama ialah orang yang percaya ngan bende ghaib. Ni payah, ramai je orang kafir ni tak percaya ngan bende2 ghaib, tu lah depa tak beriman lagi, depa nak yang boleh dilihat pancaindera depa. Payah2..tapi ramai gak ahli2 fikir mereka dh buat kajian dan dapati adanya roh manusia ni. so first step to know more about alam ghaib. (bersyukurnya aku dgn nikmat iman sejak kecil lagik, takyah susah2 nak buat kajian huhu). Hopefully ramai hendaknya umat Islam yang bersyukur dengan nikmat iman yang depa miliki..

c. Orang kedua ialah orang mendirikan solat, ketiga orang yang membayar zakat, keempat orang yang percaya ngan kitab al Quran dan kitab-kitab terdahulu. Yang terakhir sekali orang yang percaya akan hari akhirat, di mana orang buat jahat diseksa, orang buat baik diberikan nikmat. So semoga aku mendapat pedoman pada hari ini insyaAllah.

Wednesday, September 17, 2008

Surah Al-Fatihah (1-7)

Bunga Orkid 1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, (Tuhan yang mentadbir) semesta alam.
3. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah kau berikan nikmat kepada mereka, bukannya jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan juga orang-orang yang sesat.


a. Surah ini insyaAllah memang ada pada setiap diri seorang mukmin, sejak kecil lagi kita dh diajar dengan surah ini, mmg sgt basic, time solat pun selalu je baca surah ni, at least 5 kali sehari bagi lelaki, dan bagi perempuan tak tentu juga kan huhu takpe2, itu cerita lain. Tapi basically, since kita selalu baca surah ni, mmg agak wajib la at least bagi kita menghafal makna2 setiap ayat.

b. Daripada surah ini juga kita dapat tahu yang manusia ni actually terbahagi kepada 3 jenis. Pertama, orang yang beroleh nikmat, dan menggunakannya dengan baik. Kedua, orang yang dimurkai Allah kerana tidak mensyukuri nikmat dan banyak melakukan dosa. Ketiga, orang yang sesat dan menyalahgunakan nikmat dan tidak tau jalan yang patut diambil. Golongan mana yang kita nak jadi ni? Ini pilihan yang Allah Ar-Rahman bagi selepas memberi rahmat kepada seluruh alam, tak kisah la mukmin ke kafir. Its up to us to decide and bila sampai masa nanti, takleh dh la kita nak salahkan sapa2 sebab peringatan memang dh ada setiap hari 5 kali sehari semalam. Semoga aku termasuk pada golongan yang benar.
Related Posts with Thumbnails