Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Wednesday, September 17, 2008

Surah Al-Fatihah (1-7)

Bunga Orkid 1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, (Tuhan yang mentadbir) semesta alam.
3. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah kau berikan nikmat kepada mereka, bukannya jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan juga orang-orang yang sesat.


a. Surah ini insyaAllah memang ada pada setiap diri seorang mukmin, sejak kecil lagi kita dh diajar dengan surah ini, mmg sgt basic, time solat pun selalu je baca surah ni, at least 5 kali sehari bagi lelaki, dan bagi perempuan tak tentu juga kan huhu takpe2, itu cerita lain. Tapi basically, since kita selalu baca surah ni, mmg agak wajib la at least bagi kita menghafal makna2 setiap ayat.

b. Daripada surah ini juga kita dapat tahu yang manusia ni actually terbahagi kepada 3 jenis. Pertama, orang yang beroleh nikmat, dan menggunakannya dengan baik. Kedua, orang yang dimurkai Allah kerana tidak mensyukuri nikmat dan banyak melakukan dosa. Ketiga, orang yang sesat dan menyalahgunakan nikmat dan tidak tau jalan yang patut diambil. Golongan mana yang kita nak jadi ni? Ini pilihan yang Allah Ar-Rahman bagi selepas memberi rahmat kepada seluruh alam, tak kisah la mukmin ke kafir. Its up to us to decide and bila sampai masa nanti, takleh dh la kita nak salahkan sapa2 sebab peringatan memang dh ada setiap hari 5 kali sehari semalam. Semoga aku termasuk pada golongan yang benar.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails