Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Tuesday, July 14, 2009

Kebaikan Orang yang Menuntut Ilmu

Ada ke keburukan orang-orang yang menuntut ilmu ni? Mesti la ada. Tak caya? Tu orang yang ralit belajar ilmu sihir tu. Keburukan lah tu kan. Hehe. Saje je nak provoke. Dalam hadis di bawah ni dah jelas yang Allah sangat menyayangi orang yang memberi ilmu dan orang yang mempelajari ilmu. Walhal orang yang tertidur atau pun tidur dalam majlis ilmu pun akan dapat keberkatannya. Sebaik-sebaik panduan ilmu ialah dari al-Quran. Al-Quran dah lengkap untuk semua jenis ilmu.

"Hello brother, tipunya ko ni. Dalam Quran mana ada ajar camna nak buat air sirap". Lorrr. Rilek2. Dah ada dah. Kan dalam ada dalam Quran lebih kurang begini bunyinya, "..belajarlah kamu dari yang tahu". So nak tau buat air sirap, gi la tanya orang yang tahu. Nak tau buat roket, gi la belajar dari NASA. Hebat-hebat orang yang berilmu ni, kalau Allah tak bagi ilham, tak hebat gak depa ni. So semuanya dari Allah. Allah akan bagi kepada yang berusaha. Itu yang penting.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai." (Abu Umamah r.a)


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, July 11, 2009

Hadis Tentang Kedatangan Imam Mahdi

Adakah anda pernah tertanya bahawa adakah kita ni umat yang bakal merasai zaman Imam Mahdi mahupun Dajjal? Tidakkah anda terfikir? Kalau dulu 1400 tahun lepas, Nabi SAW pernah ditanya oleh seorang perempuan tua bahasa berapakah lama usia bumi ini. Dijawabnya Nabi SAW, lebih kurang jarak antara jari dan berfikirlah sejenah bahawa jawapan itu ialah dijawab lebih kurang 1400 tahun yang lepas. So sekarang berapakah usia bumi ini. Gunung berapi banyak meletup. Malaysia yang dahulunya jauh dari Lingkaran Api Pacifik kini sudah merasa kesannya. Bukti? Bukit Tinggi di Pahang yang dahulunya sepi, kini kerap mengalami gegaran. Pada mulanya, Jabatan Meteorologi cuba menenangkan awam dengan mengatakan ianya adalah biasa bagi tempat tinggi tapi kini mereka pun terdiam kerana dikatakan tahun lepas sahaja sudah hampir lebih 100 kali gegaran direkodkan.

Banyak lagi berita-berita di media massa yang menjawab persoalan-persoalan kita tentang usia bumi ini. Bumi kerap "menggeletar" (gempa bumi), bumi kerap "muntah" (gunung berapi), bumi kerap mengeluarkan "kencing yang tak lawas" (tsunami), bumi kerap "bersin" (tornado) dan macam-macam lagi.

Dikatakan juga pada hari kiamat nanti, semua orang pun dah tak ingat sesiapa, cuma ingat nak selamatkan diri sendiri sahaja, ibu terlupakan anak, suami terlupakan isteri dan macam-macam lagi. Aku berdoa agar aku bukanlah generasi yang akan menghadapi saat akhir nyawa bumi ini, termasuk juga zaman dajjal nanti. Eh ye ke? Desas desus mengatakan yang kita sekarang ni dah masuk zaman Dajjal pun. Wallahualam. Anyway, bawah ni ialah hadis sohih tentang Imam Mahdi.

serban kecil
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." (Abu Sa'id Al-Khudri r.a)


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Related Posts with Thumbnails