Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Saturday, March 13, 2010

Hukum Merokok oleh Dr Zakir Naik

Ok. Ni isu hangat nih. Ramai yang masih tercari-cari jawapannya. Ada yang dh jumpa, tapi tak percaya dan pelbagai-bagai. Yelah, mana taknya, korang tanya ustaz A, dia kata rokok tu tak haram. Tapi korang tak caya sebab ustaz A tu sendiri pun merokok, jadi logik la dia kata rokok tak haram. Tapi bila ko tanya ustaz B yang tak rokok, ustaz B tu akan jawab rokok tu haram. Tapi ko tak caya gak sebab ustaz tu memang tak merokok. Kedua-duanya pun korang kata bias. Betul lah tu. Jadi, mari kita sama-sama mencari jawapan apa sebenarnya hukum merokok.

Mengikut fatwa islam dunia pada tahun 1990an, pada mulanya merokok itu MAKRUH. Aah, betul la yang kau dengar tu, merokok tu makruh. TETAPI, menjelang tahun 2000, ulama dunia sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat alQuran dari surah al-Baqarah iaitu lebih kurang "..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri.." Untuk keterangan lanjut, lihat video di bawah. Dr. Zakir Naik menjawab persoalan tentang rokok.



Moga kalian semua memperoleh rahmat dan bolehlah bermula untuk berhenti rokok. Rokok kan banyak mudaratnya, kenapa masih degil? Korang boleh terima tak realiti hukum merokok ni?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails