Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Sunday, October 12, 2008

Surah Al-Baqarah (6-20)

Surah al Baqarah - Orkid6. Sesungguhnya orang-orang kafir sama sahaja bagi mereka, engkau beri peringatan kepada mereka atau tidak, mereka tidak akan beriman.
7. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka (tidak dapat menerima petunjuk), dan penglihatan mereka ditutup (tidak dapat memerhatikan dan memahami ayat-ayat al Quran serta mengambil pelajaran dari tanda kebesaran Allah yang mereka lihat juga pada diri mereka sendiri). Dan bagi mereka azab yang amat berat.
8. Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang beriman."
9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedangkan mereka tidak sedar.
10. Dalam hati mereka ade penyakit (yakni keyakinan yang lemah terhadap kebenaran Nabi Muhammad, sehingga menimbulkan kedengkian dan dendam), lalu Allah SWT menambahkan penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan pendustaan mereka.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi", mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang-orang yang membuat kebaikan."
12. Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
13. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman." Mereka menjawab, "Apakah kami akan beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu beriman?" Ingatlah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui."
14. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, "Kami telah beriman." Dan apabila mereka kembali bersama-sama syaitan mereka (pemimpin-pemimpin), mereka berkata, "Kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berperolok-olok."
15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan.
16. Mereka itulah yang telah membeli kesesatan dengan petunjuk, dan tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
17. Perumpamaan mereka (orang munafik) adalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api menerangi sekelilingnya, Allah SWT menghilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
18. Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran), maka mereka tidak akan dapat kembali (kepada jalan yang benar).
19. Atau seumpama (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit ditambahi gelap gelita, guruh serta kilat, mereka menyumbatkan telinga mereka dengan anak jari, kerana (bunyi) petir, disebabkan takut mati (keadaan orang munafik itu menutup telinga daripada mendengar peringatan al-Quran) dan Allah Maha Mengetahui (keadaan) orang-orang yang kafir.
20. Petir itu pula hampir sahaja menyambar penglihatan mereka. Ketika cahaya menerangi, mereka berjalan dan apabila gelap kembali, mereka berdiri (berhenti). Jika Allah SWT mengkehendaki (sesuai dengan sunnahNya) tentu Allah SWT akan menghilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap apa pun.


a. Bila baca berulang-ulang kali ayat2 di atas, mmg sgt indah pasal orang kafir dan orang munafik. Lebih kurang je dua2 ni. Cuma orang kafir ni Allah sahaja leh bagi hidayah keimanan, maybe tu la ayat tu cakap hati mereka dikunci, dan Allah yang pegang kunci tu, Dia yang berhak kasi kunci tu. Tapi aku nak cite sket pengalaman aku. Yelah bila dah makin dewasa ni dh jumpa byk orang pastu banyak la pengalaman. Aku tatau la nak cakap munafik ke tak orang ni, sapalah aku nak judge people kan.

b. Ni kisah orang yang berpuasa tapi tak solat. Camna tu? Mula2 rasa mcm tak impossible je kan. Tapi sejauh mana die puasa, wallahualam, tu hak Allah yg nak judge. Ceritanya, kami bermusafir, time kami berhenti nak solat jamak, die tak gi join sekali. Tgk2 dh ade dalam keta. Huh. Kat hotel pun sama gak. Mandi terus tido. Mana solat isyak ngan solat maghrib yang leh dijamakkan? Tapi tatau la time aku dh tdo, die bgn solat kan tapi mcm tak je sbb siangnya pun dh tak solat huh. Ni kah golongan orang yang Allah cakap dalam Quran, depan orang cakap beriman, belakang2 tak mengamalkan amalan orang beriman.

c. Satu lagi, pesanan utk diri sendiri, kalo gi camping ke apa ke, pastu ade unggun api, jgn la duduk di tempat yang gelap, yg jauh dr cahaya api tu, hehe mcm dlm ayat kat atas tu orang munafik tu. Selain drpd tu, takyah la buat camtu, menakutkan orang je, dh la kat tgh hutan tuh.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails