Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Monday, January 12, 2009

Surah Al-Baqarah (21-25)

21. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menjadikanmu dan orang-orang sebelummu, supaya kamu bertakwa.
22. Dialah Tuhan yang telah menjadikan bumi sebagai hamparan dan langit sebagai atap. Dan Dia yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan hujan itu tumbuhlah buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Justeru itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah SWT walhal kamu mengetahui.
23. Dan jika kamu masih meragui mengenai Al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah satu surah seumpama al-Quran itu dan panggillah pembantu-pembantumu selain Allah, jika kamu orang-orang benar.
24. Jika kamu tidak dapat membuatnya dan pasti tidak akan mampu membuatnya, maka takutilah api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan untuk orang-orang kafir.
25. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa mereka disediakan syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberikan rezeki buah-buahan, mereka berkata, "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberikan rezeki yang serupa, dan meraka disediakan isteri-isteri yang suci, lagi kekal di dalamnya.


a. Oh sudah lama tak menulis dalam blog ni. Skrang kena hadirkan hati kembali untuk mentelaah isi kandungan buku terhebat di dunia. Anyway, daripada ayat2 dia atas, Bumi ni seperti tikar dan tampak rata. Orang dulu kata bumi ni tanah rata, bukan bulat sebab rasa rata. Memanglah kan. Subhanallah. Bertambah besar sesuatu bulatan maka bertambah luas datarannya. Leh relate ngan ilmu gak kot, kalo sikit ilmu, senang je tergelincir, tapi kalo banyak dan besar ilmu, nampak steady je.

b. Dalam ayat ni ada juga mengatakan yang al-Quran ni ciptaan nabi. Aiii dah dekat 1400 tahun pun, takde sapa lagi dapat buat ayat-ayat seindah al-Quran kan. Kalo ada pun yang berjaya buat bunga2 ala2 ayat Quran tu, tengok lah background dia. Dia mesti pandai membaca, dan membesar dengan ajaran ilmu-ilmu literature. Tapi berlainan ngan nabi. Dia tatau membaca mahupun menulis. Subhanallah leh ke kita jumpa orang mcm ni lagi. And based on pimpinan al-Quran alone, nabi dah berjaya menyatukan kaum arab yang suka bertelagah dalam lebey kurang 23 tahun je. So apa silap kita zaman skrang ni ye. Orang palestine dibunuh camtu je. Orang-orang arab sekeliling "isap rokok" buat bodoh je. Nampak sangat sikap lama depa ni dh kembali dah. Suka berpuak-puak. Actually kan, orang Palestine ni pun jahat gak. Bukan semua, tu yang dekat area yang satu lagi, bukan yang Gaza Hamas tu. Mengambil kesempatan dengan derma dari seluruh dunia dan menggunakan untuk diri sendiri. Ade ramai gunting dalam lipatan. Teka sapa yang banyak jual tanah kat Israel laknatullah tu? Takkan orang Malaysia kot kan. Yang jual negara ialah orang depa sendiri. Nauzubillah hopefully takkan ada pemimpin Malaysia yang sanggup jual tanah kat orang asing walaupun dh kencang angin bertiup nih. Huh.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails