Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Saturday, January 17, 2009

Surah Al-Baqarah (26-29)

26. Sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, atau yang lebih hina daripada itu. Orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa perbandingan itu adalah kebenaran daripada tuhan mereka. Sedangkan orang-orang kafir berkata, "Apakah maksud Allah membuat perumpamaan ini?" Tuhan menjadikan ramai yang sesat dengan sebab perumpamaan itu dan ramai juga yang mendapat petunjukNya. Dan tidak akan sesat kerana perumpamaan itu melainkan orang-orang yang fasik.
27. (Yakni) Orang-orang yang telah melanggar perjanjian Allah S.W.T sesudah diperteguhkan dan memutuskan (silaturahim) yang diperintah Allah supaya menghubungkannya, bahkan mereka membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.
28. Mengapakah kamu kufur kepada Allah, sedangkan kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian dimatikan, kemudian dihidupkan kembali dan akhirnya kamu akan dikembalikan kepadaNya.
29. Dialah yang telah menjadikan segala ada di muka bumi untuk kamu. Kemudian dengan kehendakNya dijadikan langit dengan tujuk lapis. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

a. Dalam ayat ni dapatlah disimpulkan yang Allah berhak juga menyesatkan orang tetapi yang disesatkan oleh Allah hanyalah orang yang fasik. Sedangkan orang-orang yang beriman akan ditunjuki hatinya oleh Allah. Lepas tu orang-orang yang suka melakukan kerosakan di muka bumi ni. Dan biasanya orang-orang ni suka juga memutuskan silaturahim. Bahaya2..dah dicakapkan kat al-Quran tentang buruknya orang yang suka gaduh2 ni.

b. Seterusnya Allah juga telah menjadikan bumi ini. Bak kata seorang ustaz dalam satu ceramah tu, time Allah jadikan bumi dan langit, bumi menjadi tak stabil, lalu Allah memacakkan gunung ganang and barulah bumi menjadi stabil. So kenapa sekarang ni banyak sangat kejadian tanah runtuh semua and natural disaster? Tepuk dada tanya lah selera. Ini lah balasan kepada kita yang buat kerosakan di muka bumi, botakan bukit sana sini, ekologi pun terganggu huhu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails