Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Wednesday, February 11, 2009

Pilih Kasih: Bukan Sekadar Luaran

Tulip
Tiba-tiba sahaja aku terdetik untuk menulis tentang pilih kasih. Topik yang biasa je tapi selalu diperkatakan kerana sana sini selalu je aku terdengar rintihan manusia tentang menjadi mangsa pilih kasih seseorang. Adakah pilih kasih ni sesuatu yang negatif seperti selalu dipaparkan dalam cerita Cerekarama TV3? Tidak semestinya bukan.

Aku malas nak cakap pasal orang lain. Lebih baik aku cakap pasal diri sendiri. Kat tempat kerja, ada orang cakap aku ni pilih kasih. Pilih kasih dalam soal memilih orang untuk "assist" aku dalam tugas crash investigation di merata pelusuk daerah-daerah di Malaysia. Things happen with a reason. Takkan la aku senang-senang and suka-suka pilih kasih kan. Aku malas nak cakap depan-depan, just nak tulis sahaja di blog ini. Sebab reason aku untuk memilih kasih ini agak sensitif juga.

Reason pertama: Aku tidak mahu bawa orang Islam yang tidak solat atau memandang remeh tentang solat fardhu. Pelik tapi benar. Memang wujud golongan manusia seperti ini. Dulu time aku duduk overseas, aku ada juga dengar tentang kisah-kisah seperti ini tapi aku macam tak percaya. Tapi bila aku dah berjumpa ramai manusia seperti ini, barulah aku tahu, yang golongan yang tak solat di Malaysia ini bukanlah sekadar angin kencang kosong yang bertiup. Ni aku nak ulas reason aku ni. Dulu time zaman Nabi Isa a.s, ada sorang pengembara yang tak solat, lepas tu mamat ni singgah la dekat satu perkampungan Islam. Dia cuma meminum seteguk air sahaja dari perigi di perkampungan tu. Tup2, bala Allah pun sampai, satu kampung binasa. Kalau sapa-sapa yang terlupa, zaman-zaman nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, bala Allah datang instantenously. So, pengajarannya, kerja aku ni dah la tinggi risikonya, pastu ditambah lagi dengan "aura" melaun tidak solat ini, nanti tak pasal-pasal ada la benda buruk terjadi kan. Takut juga aku. Bukan aku nak salahkan takdir, tapi when you have power to make a decision, pick it wisely. Ni semua terjadi selepas aku perasan dan tegur tetapi tidak diendahkan ye. Huhu ni belum lagi aku cerita pasal melaun yang puasa tapi tidak solat dan melaun yang kencang gila bercakap pasal boikot barang-barang Israel tapi solat entah ke mana. Nanti bila aku ada masa aku tulis.

Reason kedua: Aku tak bawa orang yang suka mencuri dan menipu. Dah la suka mencuri dan menipu. Bila kantoi langsung rasa tak bersalah atau berdosa. Golongan ni aku rasa kena baca post tajuk Trend Mengurangkan Rasa Berdosa yang ini. Takut gak, kalau pergi kes-kes kemalangan yang jauh, perlunya untuk kami bermalam di hotel. So since hotel kongsi sama-sama, takut pula ada tangan panjang kan. Current practice, memang semua based on trust and alhamdulillah takda lagi kejadian buruk terjadi. Tapi when you have choice to apply a term prevention is better than cure, apply je lah kan. So aku malas la nak take risk bringing melaun yang suka menipu dan mencuri. Ni bukan jenis tipu sunat atau tipu yang sekadar gurauan, ni tipu yang dengan niat menipu dan takda langsung riak bersalah kerana menipu. Hishh jangan terkejut dengan golongan seperti ini. Aku doakan golongan ini dibukakan pintu hati mereka. Amin. Nanti boleh la aku bawa depa pergi site of accident :D

Reason ketiga: Aku hendak meramaikan orang yang boleh lead untuk kes crash investigation. Buat apa aku nak bawa orang yang dah la pemalas, pastu tak membantu apa-apa untuk long term visi unit crash investigation. Aku rela bawa pegawai yang baru masuk. Tapi untuk pegawai baru masuk, dia tak boleh terus lead crash case. Dia kena assist at least 10 case dulu, baru boleh lead. Sekarang ni hanya 12 orang sahaja boleh lead untuk cover kes kemalangan satu Malaysia. Kalo tambah dengan pegawai baru ni, dah jadi 13 kan. So still sedikit, tapi better than before right? Ah cakap banyak-banyak pun tak guna. Aku nak jadi macam Tun Mahathir, memilih kasih dalam kasi projek. Tengok sajalah berapa bilion nilai projek dia bagi kat Syed Bukhary. Reason dia mudah, sebab dia kenal Syed Bukhary. Bagi projek kat dia, dia buat jadi kaya raya, pastu distribute kembali kepada orang-orang Melayu dan Islam. Tengok sajalah yayasan Bukhary, Masjid KLCC dan macam-macam lagi. Ni tak macam sorang tu, kasi projek kat menantu dia. Menantu dia pulak cita-cita nak jadi orang termuda dalam Majalah Forbes. Kalau nak tahu, untuk listed kat Majalah Forbes, kena ada harta nilan USD1 Billion. Huh.

Reason keempat: Suka hati aku la nak bawa siapa kan. I'm the leader haha. "Aku tak puas hati gak la, kenapa ko bawa orang Cina? Dia lagi teruk dari orang yang tak solat kan, Cina tu kafir?" Cheh, mamat, ko dah salah, dia bukan kafir, dia cuma belum dapat hidayat Allah je lagi, sebab orang-orang macam ko ni la depa orang cina atau orang-orang bukan Islam kat Malaysia ni tertutup hati dengan Islam. Aku bawa dia sebab dia rajin, dia is very helpful and eager to learn new things. At the same time, aku nak juga belajar tentang agama dia. There is saying, to defeat your enemy is by learning them. So bila aku tanya-tanya pasal agama dia, secara tidak langsung dia akan tanya juga tentang agama kita. Ada sekali tu, "Hey Huzaifah, how come you know more about my religion than me". Satu fakta yang semua perlu tahu, tak semua orang bukan Islam ni tahu tentang agama depa. Depa ni macam dah jadi orang US, claim agama Kristian tapi dah tak amal, haprak pun tak tahu.

4 comments:

huda said...

wow!!!
sonok gak baca..ermm, aku sendiri pun tak sangka ade org mcm tu dlm community ni.i like the last point..keskeskes.

WanYgBest said...

wahai rakan blogger...tumpang baca blog yer...menarik2...cam setuju juge ngan pendapat awak, esp part solat tuh... face the same prob with housemate, x reti tul nak tegur, tp, x tegur kang dpt sahamnya juge..adeehhh

can i link your blog to mine? skali skala nak singgah, utk sntapan rohani...

btw, i have a fren yg grad from Minnesota...chem engin grad 2005, skrg keje ngan petronas

ummufawwaz said...

salam..
tersesat kat blog ni..
bkn sonok2 baca,tp ada 'isi'..
alhmdlh..teruskan usaha dismping sama2 'tarbiyyah' diri sndiri termasuk diri ini..

weit,kat uk ni pun melambak org mesia yg amik mudah pasal solat ni..fening palo den..

M.Huzaifah Muntalip said...

@huda
haha last point tu la paling keramat..haha

@wanygbest
aah mmg payah sebenarnya nak tegur2 ni..maybe iman kat tempat bawah sekali kot, huhu nauzubillah..ok boleh je link, no problem..

@ummufawwaz
kat mana2 pun byk je golongan manusia seperti ini. kalo dekat overseas lagi la dasyat, i mean yang bukan Malaysian..huhu..

Related Posts with Thumbnails