Impian hidupku adalah untuk menjadi seorang pengembara, menyusuri kitab al Quran, datang dan melihat peninggalan-peninggalan dan sejarah-sejarah yang tercatat dalam kitab Allah nan agung ini. Impian adalah tetap impian jika tiada langkah pertama diambil. Ramai orang membaca al Quran tapi tak memahami, termasuk juga diriku ini, insan yang sangat lemah dan kerdil. Dengan membaca dan menulis, InsyaAllah akan lebih memahami dan biasa dengan ayat-ayat terjemahan al Quran. Walau perlahan, sedikit-sedikit, perjalanan menyusur ke arah impian hidup sentiasa bergerak bersama masa..

Friday, March 6, 2009

Penggunaan Perkataan Allah dalam Bahan Penerbitan Kristian

Masjid Putrajaya
Entah ramai perasan atau tidak isu semasa sekarang ni. Aku pun pada mulanya juga macam katak di bawah tempurung gak tapi disebabkan kerja aku banyak berjalan dan berpeluang untuk bercakap dengan ramai orang, maka aku pun updated lah. Kisahnya ketika aku di Kuching, Sarawak. Ada kes eksiden dekat sana, so aku pun pergilah bersama-sama colleague aku ni yang asal dari Sarawak. Sampai di sana, abang dia ni yang pickup kami di airport. Dalam kereta tu, depa berdua berdiskusi lah dalam bahasa Sarawak yang aku tak paham bende pun (paham sket2). Tapi aku suka juga dengar perbualan depa berdua ni. Banyak berkisar tentang keagamaan, walau abang kawan aku ni tampak otai dan ganas.

Kisah yang dibincangkan ialah tentang perdebatan agama di TV1 malam tu. Orang Kristian nak guna nama Allah dalam bahan penerbitan mereka dan panel-panel forum yang terdiri daripada ulama Islam dan Kristian pun berbincang lah sama ada nak bagi ke tak. Mubaligh tu cakap dia percaya kepada Allah dan Kristian ialah agama langit juga macam Islam. Dan macam2 lagi reasoning dia dan ahli-ahli panel pun kuat mempertahankan dan berdebat. Maklumlah, Kristian ni kan licik and ada sahaja agenda yang tersorok. Akhir sekali, seorang ahli panel yang tak banyak bercakap akhirnya bersuara. "Macam ni lah, kami akan terima Kristian untuk guna nama Allah dalam bahan penerbitannya jika kamu sudi untuk menerima satu surah dari al Quran iaitu Surah al-Ikhlas".

1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya


Maka Kristian itu pun speechless. Maklum la, depa percaya Nabi Isa itu anak Allah dan juga percaya kepada trinity (3 Tuhan). Bagaimana dia nak terima syarat ini. Seperti yang semua sedia maklum, maka tidak berjayalah Kristian menggunaan nama Allah dalam penerbitan mereka seperti dalam BERITA.

Untuk memahami lagi isu ini, berikut adalah recommended reading daripada Ustaz Asri dan Ustaz Emran.

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
Apabila si Jahil Berbicara, Isu Penggunaan Nama Allah antara Akidah dan Taklid Buta

7 comments:

Anonymous said...

salam.
saya suka baca blog ni.
Bro ni abang Naufal eh?

M.Huzaifah Muntalip said...

Aah. abang naufal. ko ni kawan topan ke?

Anonymous said...

tak la. bukan.
blog korang berdua jauh beza.

M.Huzaifah Muntalip said...

@kimi kalau sama, xde variety lah..mesti ada kelainan..

Anonymous said...

sori, bro. merepek je, ngahahah!
anyway, nice blog.

halim qittun said...

menarik betul pnulisan ni, keep it up..
jemput bertmau

WanYgBest said...

hmmm..skrg dah muncul balik isu nih...hmmm

Related Posts with Thumbnails