
Oh aku taktau nak update apa dalam blog ni. Nak menulis pasal agama ni susah, sebab kalau salah, leh berdosa, so takleh nak rush-rush sangat dalam penulisan. So untuk mengambil jalan mudah (hehe), so aku pun copy paste je lah dari mailing list tempat kerja aku ni. Tiap-tiap pagi akan ada tazkirah ringkas kat email. Pendek tapi berkesan. Kalau panjang-panjang orang tak larat nak baca. Yang ni pasal Anak adalah ujian Allah. So sesiapa yang dah ada anak tu atau bakal menimang cahaya mata tu, boleh la mengambil pedoman dari hadis ini.
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
0 comments:
Post a Comment